Lawatan Azmin ke Hagia Sophia, Turkey Local Guides mohon maaf

Iklan
Status di akaun Instagram Turkey Local Guides yang telah dipadam.

SHAH ALAM - Turkey Local Guides memohon maaf atas hantaran di Facebooknya yang membawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengunjungi Hagia Sophia bersama keluarganya.

Menurutnya, lawatan yang diadakan tersebut adalah lawatan rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Iklan
Iklan

"Saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.

Saya telah membuat kesilapan maklumat tentang pelanggan kami.

Iklan

"Ia merupakan lawatan rasmi daripada MITI.

Lawatan ini merupakan sebahagian program yang diatur oleh kerajaan Turki.

Iklan

Kami bawa ke sana (Hagia Sophia) untuk menunaikan solat Asar,” katanya pada Isnin.

Hantaran di Facebook itu sebelum ini menyatakan bahawa Mohamed Azmin bersedia dan sabar untuk mendengar (mengenai) kisah sejarah Hagia Sophia.

Bagaimanapun, semakan mendapati hantaran di akaun Instagram itu sudah dipadamkan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara yang turut memberikan kritikan dengan sarkastik mengatakan bahawa dia tidak dapat mengunjungi Hagia Sophia pada tahun 2017.

Beliau mengatakan bahawa keberadaannya di Turki adalah untuk mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam bersama pemimpin negara-negara Islam.

"Sayang sekali, saya tidak sempat mengunjungi Hagia Sophia. Azmin, cantik ke tempat ini?

"Tak ada peluang sampai nak buat macam mana kan? Dapat tengok gambar pun gembira,” katanya.