Premis judi dalam talian baru 10 hari beroperasi diserbu

Iklan
Anggota polis sedang memeriksa komputer riba yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian dalam talian.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh yang juga penjaga sebuah premis judi dalam talian ditahan di Setapak di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan dalam Ops Dadu pada jam 4.15 petang.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati suspek baru bekerja di premis yang beroperasi sejak 10 hari lalu. Suspek ditawarkan gaji RM1,500 sebulan dan berkerja dari 8 pagi hingga 8 malam," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Nasri berkata, pihaknya turut merampas 11 komputer riba, 11 tetikus, sebuah unit wiFi dan wang tunai RM160.

Iklan
Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen," katanya.