'Bertugas di mana pun tetap ada cabaran'

Iklan
Mohamad Shofee

PONTIAN - Mengekalkan prestasi dan pencapaian khususnya dalam mengurangkan kadar indeks jenayah menjadi fokus utama Ketua Polis Daerah Pontian yang baharu, Pemangku Superintendan Mohamad Shofee Tayib.

Mohamad Shofee yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah ( IPD ) Polis Seberang Prai Utara Pulau Pinang mengambil alih tugas daripada Superitendan Mustafa Bakri Salleh yang bersara.

Iklan
Iklan

Beliau menyifatkan pelantikan itu sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang berat kepadanya.

"Bertugas di mana pun tetap ada cabaran, namun dengan sokongan serta kerjasama daripada pegawai dan anggota di Pontian diharap semua berjalan dengan lancar dalam suasana negara berdepan Covid-19.

Iklan

"Bagi pihak pegawai dan anggota kami menzahirkan penghargaan kepada Ketua Polis Daerah sebelum ini, Superintendan Mustafa Bakri diatas khidmat bakti beliau hampir empat tahun di daerah ini,” katanya.

Ayob khan menziarahi Ismail di Kampung Puteri Menangis Laut pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi lawatan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menziarahi pesara Polis, Ismail Mohd Topp di Kampung Puteri Menangis Laut, Benut, disini, pada Isnin.

Iklan

Ismail, 71, yang besara pada penghujung tahun 2006 dengan jawatan terakhir yang dsandang sebagai Lans Koperal di Bahagian Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sementara Ismail berkata, dia terharu dengan kunjungan yang dibuat oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mengingati persara polis seperti dirinya.

"Terima kasih juga kepada Ketua Polis Johor yang datang dari Johor Bahru untuk melawat saya.

Kehadiran beliau mengimbau kenangan saya sebagai anggota polis dahulu," katanya