Kabinet akan bincang rayuan doktor kontrak: PM

Iklan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) beramah mesra bersama pegawa-pegawai perubatan Unit Forensik ketika meluangkan masa melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada Selasa. - Foto Bernama

KLANG - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berbincang dengan jemaah menteri berkenaan rayuan doktor-doktor kontrak yang mahu dilantik ke jawatan tetap dalam sektor perkhidmatan awam.

Beliau berkata, perkara itu perlu dibincang dengan teliti memandangkan ia akan melibatkan kos yang tinggi iaitu lebih RM2 bilion kepada kerajaan.

Iklan
Iklan

"Ada rayuan daripada doktor-doktor kontrak, jadi kertas cadangan oleh Kementerian Kesihatan akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri.

"Kalau kita hendak (tunaikan permintaan) itu ia akan libatkan kos yang tinggi lebih dari RM2 bilion dalam keadaan sekarang ada keterbatasan sikit jadi kita tengoklah macam mana keadaan yang dapat kita atasi.

Iklan

"Mereka meminta untuk dijadikan jawatan tetap dan sebagainya, ini saya telah minta untuk dibawa ke jemaah menteri kerana kita akan bincang apa keputusan yang munasabah,” katanya kepada kepada pemberita selepas melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Selasa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan media sebelum ini berkata, beliau meminta doktor kontrak agar bersabar sementara isu dihadapi mereka dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. - Bernama

Iklan