Bill Gates dedah punca perceraian

Iklan
Bill Gates dan Melinda French ketika mereka masih lagi menjadi suami isteri. - Foto AFP

BOISE - Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dilaporkan berkata pada minggu lalu bahawa perceraiannya dengan Melinda French adalah berpunca daripada dirinya sendiri.

Menurut akhbar New York Post pada Isnin, seorang pengacara stesen televisyen CNBC, bertanya kepada Gates, 65, tentang perceraiannya dengan Melinda, 56, yang merupakan isterinya selama 27 tahun.

Iklan
Iklan

Soalan itu dikemukakan semasa sesi soal jawab yang tidak boleh disiarkan oleh media pada Persidangan Allen & Co. di Sun Valley, Idaho.

Persidangan itu mengumpulkan taikun-taikun teknologi, pasaran kewangan dan media yang dianjurkan oleh syarikat pelaburan Allen & Co pada setiap tahun tetapi tidak diadakan pada tahun lepas kerana pandemik Covid-19.

Iklan

Persidangan itu turut dikenali sebagai kem musim panas untuk bilionair dan antara yang menghadirinya ialah pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg dan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook.

Menurut sumber yang hadir pada persidangan tersebut, bilionair berkenaan menyatakan secara faktanya perceraian itu adalah disebabkan oleh dirinya.

Iklan

Katanya, Gates yang dianggarkan mempunyai kekayaan lebih AS$129 bilion (RM540.45 bilion) kelihatan beremosi tentang perceraian tersebut dan kelihatan seperti mahu menangis.

Pada Mei lalu, bilionair itu dan Melinda mengumumkan perkahwinan mereka sudah berakhir menerusi akaun Twitter masing- masing. - Agensi