SHAH ALAM - Setelah lebih setahun pembelajaran dalam talian dilaksanakan susulan pandemik Covid-19, pelajar terutamanya murid sekolah rendah mula menunjukkan perubahan mereka terhadap sistem pembelajaran tersebut.
Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bukan saja menuntut disiplin tinggi pelajar malahan ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting demi memastikan anak-anak mereka tidak tercicir.
Bagaimanapun itu bukan perkara yang mudah untuk dilakukan dan ternyata memberi cabaran kepada ibu bapa khususnya mereka yang bekerja.
Di GEORGETOWN, seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Nina, 30-an, berkata, setiap hari dia perlu menguruskan dua anak berusia lapan dan sembilan tahun untuk belajar dalam talian.
Dalam masa sama, dia yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta perlu menghantar dua laporan sistem kepada penyelianya iaitu pada pagi dan petang.
"Saya akui, pembelajaran dalam talian amat memenatkan saya dan anak-anak. Mereka pun sudah tidak boleh fokus sekarang ini.
"Mereka pun asyik merungut belajar melalui komputer tidak menyeronokkan,” katanya kepada Sinar Ahad ketika dihubungi pada Sabtu.
Nina turut mengakui pernah berputus asa apabila berasa terlalu penat untuk menguruskan urusan kerja sambil memantau anak-anak belajar dalam talian.
"Saya pernah beberapa kali tewas apabila terlalu penat sehingga memarahi anak-anak kerana tidak fokus belajar.
"Apabila dimarahi, anak-anak mula tunjuk protes. Mereka tidur, main di hadapan komputer,” katanya.
Di SEREMBAN, seorang ibu yang juga peniaga makanan berpantang di Jempol, Lizawati Raffles, 35, mengakui hampir putus asa dengan situasi pandemik Covid-19 yang dilihat tiada penghujungnya sekali gus memaksa anak-anaknya untuk kekal belajar di rumah.
"Hampir dua tahun mereka lakukan pembelajaran dalam talian disebabkan Covid-19 dengan angka harian kes positif masih belum menampakkan perkembangan positif.
"Kami sebagai ibu bapa ada pelbagai latar belakang, kalau memang ‘terpelajar’ mungkin mudah untuk mengajar anak-anak di rumah dan mungkin masih ingat apa yang kita belajar dulu,” katanya.
Bagaimanapun katanya, bagi ibu bapa yang tidak mempunyai kelebihan itu terpaksa mencari sumber lain untuk mengingati semula subjek berkenaan bagi membolehkan mereka mengajar anak-anak di rumah.
"Ibu bapa di rumah bukan guru kerana guru ada kepakaran mendidik malahan persekitaran belajar di rumah juga dilihat tidak sesuai buat anak-anak mengikuti sesi pembelajaran tambahan pula jika dalam keluarga ada anak kecil.
"Itu belum ambil kira ibu bapa yang mempunyai masalah peranti, selain kediaman mereka ada masalah capaian internet,” katanya.
"Kasihan dengan anak-anak, tambahan pula dalam umur lima hingga lapan tahun mereka perlukan perhatian yang lebih ketika sesi pembelajaran dalam talian. Jika tidak, mereka sukar untuk fokus.
"Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula ada dalam kalangan ibu bapa yang perlu bekerja di pejabat mengikut giliran dan keadaan itu menyebabkan anak-anak keciciran sesi pembelajaran mereka pada hari berkenaan kerana ibu bapa tidak dapat memantau,” katanya.

Kebosanan murid terhadap sistem PdPR membuatkan mereka rindu untuk kembali ke sekolah untuk belajar bersama rakan-rakan.