England intai bidaan Piala Dunia 2030

Iklan
Stadium Wembley venue perlawanan akhir Euro 2020 menemukan England dan Itali pada awal pagi Isnin lalu. FOTO: AFP.

PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson menaruh keyakinan dengan perkembangan terkini England dan Ireland berupaya memenangi bidaan hak penganjuran Piala Dunia 2030.

"Biarpun ini merupakan proses yang panjang dan sukar, namun saya berpendapat bahawa United Kingdom mempunyai kes yang sangat baik bersama-sama dengan Ireland dan kami akan membawa kes ini,” katanya pada sidang akhbar.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, England sebelum ini menjadi tuan rumah Piala Dunia England 1966, gagal memenangi bidaan untuk dua penganjuran selepasnya iaitu edisi 2006 dan 2018.