Pihak berkuasa, operator feri perlu buat audit keselamatan

Iklan
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran feri yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis di sini hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa serta operator bot dan feri perlu melakukan audit keselamatan terhadap kenderaan air masing-masing bagi mengelak kejadian seperti mana berlaku ke atas feri penumpang, Dragon Star 1 yang terbakar di perairan Langkawi, Kedah hari ini, berulang.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata Jabatan Laut Malaysia pada masa yang sama perlu mengarahkan semua operator membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap sistem pendawaian dalam kenderaan air masing-masing agar sentiasa dalam keadaan baik.

Iklan
Iklan

"Insiden kebakaran sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis pukul 2.50 petang hari ini seharusnya membuka mata semua pihak mengenai kepentingan aspek keselamatan," katanya dalam satu kenyataan.

Lam Thye berkata semua operator harus mempunyai pelan kecemasan untuk menyelamatkan para penumpang, pelancong dan kakitangannya jika kemalangan berlaku.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:

Feri penumpang di Langkawi tiba-tiba terbakar

Iklan

Feri terbakar: Mangsa trauma dibawa ke hospital

"Antara lain, mereka perlu melaksanakan latihan keselamatan dan pengungsian atau evakuasi sebagai sebahagian rancangan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, agar semua kakitangan bersedia menghadapi sebarang jenis kecemasan," katanya.

Katanya, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994) telah menetapkan bahawa setiap majikan termasuk operator feri dan bot menjalankan tanggungjawab menyediakan tempat kerja selamat untuk pekerja dan orang yang melawat dan menggunakan kemudahan mereka.- Bernama