Kegiatan pelacuran di hotel bajet terbongkar

Iklan
Antara wanita warga asing yang ditahan.

PETALING JAYA - Keasyikan lelaki berhidung belang 'dibelai' manja pelacur warga asing di sebuah hotel bajet terbantut dalam serbuan polis di Sunway Mentari, di sini, hari ini.

Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu empat lelaki tempatan merupakan pelanggan wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

Lebih licik, wanita terbabit yang 'dijaga' sindiket pelacuran ini dipromosikan menerusi laman web untuk perkhidmatan seks dengan bayaran RM230 bagi tempoh satu jam dan bagi pelanggan yang ingin bermalam pula perlu membayar RM950.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahbudin berkata, seramai 11 wanita disyaki pelacur warga Thailand dan Indonesia berusia lingkungan 22 hingga 33 tahun telah ditahan.

Iklan

"Siasatan mendapati sindiket berkenaan sudah beroperasi sejak lima hari lalu di hotel tersebut.

"Pelanggan yang berminat dengan paparan wanita di laman web terbabit akan menghubungi sindiket melalui aplikasi WhatsApp sebelum diberikan lokasi hotel pelacur tersebut," katanya kepada pemberita, di lokasi serbuan.

Iklan

Beliau berkata, wanita warga asing ini akan mendapat komisen separuh daripada harga yang ditawarkan.

Katanya, malah, sindiket juga akan membekalkan bekalan makanan kepada wanita terbabit sepanjang berada di hotel.

Difahamkan, seorang pelacur mampu meraih pendapatan bersih berjumlah RM600 sehari.

"Kesemua tangkapan termasuk pelanggan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya.