RATU skuasy negara, Datuk Nicol David terus mempamerkan aksi hebat apabila mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia PSA 2018/2019 sebentar tadi.
Pemain berusia 35 tahun dari Pulau Pinang itu yang juga juara dunia lapan kali mengambil masa 28 minit untuk menundukkan Millie Tomlinson dari England; 11-5, 11-4, 11-7, dalam perlawanan pusingan kedua di Chicago, menurut laman sesawang kejohanan itu https://psaworldchampionships.com.
Iklan
Iklan
Nicol, pemain pilihan ke-13 akan berhadapan pemain pilihan kelima Camille Serme dari Perancis pada pusingan ketiga esok.
Nicol mula bertanding dalam kejohanan itu pada 2001 dan memenangi lapan gelaran 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014 - kejuaraan yang paling banyak dimenangi oleh seorang wanita.
Baru-baru ini, Nicol mengumumkan akan bersara secara rasmi pada penghujung musim 2018/2019 Persatuan Skuasy Profesional (PSA) Jun tahun ini selepas berkecimpung selama 20 tahun dalam sukan ini. – Bernama