'Situasi terburuk dalam sejarah CAC'

Iklan
Beginilah keadaan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati yang terus sesak dengan kunjungan orang ramai. Foto oleh Halim Wahab

SHAH ALAM - Keadaan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati di sini terus sesak dengan kunjungan orang ramai bagi mendapatkan penilaian kesihatan sejak awal pagi pada Selasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati keadaan tidak berubah dalam tempoh dua hari ini apabila orang ramai mula menunggu di bawah khemah ketibaan sejak CAC mula dibuka jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Pelbagai keadaan pesakit daripada pelbagai peringkat umur dapat diperhatikan termasuk kanak-kanak yang tiba di CAC terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran sebelum masuk ke dalam ruang penilaian.

Pada Isnin, CAC di Stadium Malawati, Seksyen 13 itu seolah-olah seperti dalam suasana peperangan apabila lebih 4,000 individu positif Covid-19 berpusu-pusu untuk melaporkan diri.

Iklan

Lebih menyayat hati apabila ada kalangan pesakit yang terdiri daripada kanak-kanak dan bayi yang disyaki positif turut beratur dan terpaksa 'berjemur' sejak jam 11 pagi bagi melakukan penilaian kesihatan sebelum dilihat beredar kira-kira jam 3 petang.

ARTIKEL BERKAITAN 'CAC melimpah ruah, 11 jam beratur, lima orang pengsan depan mata'

Pengurus Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) yang juga koordinator bagi kemudahan fasiliti diperlukan oleh CAC, Ahmad Sayuti Bashiron berkata, keadaan itu adalah yang paling buruk dalam sejarah CAC setakat ini.

Iklan
Beginilah keadaan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati yang terus sesak dengan kunjungan orang ramai. Foto oleh Halim Wahab

CAC di Stadium Malawati mula beroperasi pada 8 Februari lalu bagi menggantikan CAC Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di SS15 dan dilaporkan mampu menampung sehingga 1,500 pesakit.

Sementara itu, Pengerusi Pasukan Petugas Covid-19 Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjangkakan kes harian Covid-19 di negara ini bakal melebihi 10,000 dalam masa terdekat.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, peningkatan itu adalah selari dengan saringan besar-besaran dan bersasar di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Analisis juga mendapati bahawa keadaan jangkitan di Malaysia hanya akan berubah baik selepas dua minggu dan paling lama empat minggu diperlukan (untuk berubah baik),” katanya seperti dilaporkan sebuah portal pada Isnin.