Covid-19: Kes baharu di Indonesia hampiri 48,000 kes

Iklan
Proses pengebumian mangsa Covid-19 di kawasan perkuburan Muslim di Bekasi, pinggir Jakarta minggu lepas. - Foto Reuters

JAKARTA - Semakin meruncing, kes baharu Covid-19 di Indonesia berterusan meningkat dan hampir mencecah 48,000 kes pada Selasa.

Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia pada Selasa, sebanyak 47,899 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,615,529 kes.

Iklan
Iklan

Sebanyak 865 lagi kematian direkodkan bagi tempoh 12 tengah hari pada Isnin hingga 12 tengah hari Selasa menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat virus itu kini meningkat kepada 68,219.

Angka yang tinggi itu dicatatkan walaupun pemerintah Indonesia menguatkuasakan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali sejak 3 Julai lepas, selain mengetatkan lagi protokol kesihatan di pelbagai sektor sosio dan ekonomi.

Iklan

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, PPKM Darurat dipanjangkan selama enam minggu lagi bermula pada Selasa.

Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat-pusat membeli belah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor bukan penting, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restoran, kedai makan atau warung dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan rekreasi ditutup. - Bernama

Iklan