Manifesto palsu, jentera BN lapor polis

Iklan
Jentera BN membuat laporan mohon polis siasat manifesto palsu yang tersebar.

SEMENYIH - Jentera BN membuat laporan polis berhubung manifesto 'palsu' yang mendakwa BN berjanji akan bawa isteri kepada bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Semenyih, jika mengundi parti itu.

Ahli Jawatankuasa Penerangan UMNO Bahagian Hulu Langat, Mohd Yusof Shafee Mohamad berkata, manifesto itu adalah tidak benar, malah ada pihak dipercayai cuba menyebarkan fitnah bagi mengelirukan pengundi di Semenyih.

Iklan
Iklan

"BN tidak pernah mengeluarkan manifesto serta berjanji untuk membawa Rosmah, namun ada pihak dipercayai cuba memburukkan imej BN," katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan di Balai Polis Semenyih, malam ini.

Mohd Yusof Shafee mendakwa berita palsu disebarkan laman sosial Facebook dan WhatsApp.

Iklan

"Saya mengetahui berhubung perkara ini petang tadi setelah dimaklumkan oleh salah seorang rakan," katanya.

Beliau berkata, pihak polis harus menyiasat perkara ini.

Iklan

"Kami juga mahu polis mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan fitnah tersebut," katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita mendakwa Najib berjanji membawa isterinya, Rosmah ke Semenyih sekiranya BN menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Semenyih 2 Mac ini.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik sama ada akan membonceng Rosmah menggunakan motosikal Yamaha Y15, Najib berhasrat membawa orang rumahnya yang mempunyai darah Minang ke Kampung Minang di kawasan itu jika BN berjaya mencatat kemenangan kedua bagi siri PRK selepas pilihan raya umum ke-14.

Pada 18 Februari lalu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyindir Najib yang 'jalan seorang-seorang' dengan menaiki motosikal seorang diri keliling kampung tanpa 'seorang lagi', dipercayai merujuk kepada Rosmah.

Selepas kekalahan BN pada PRU14 lalu dan disusuli beberapa siri pendakwaan mahkamah melibatkan Najib dan Rosmah, pasangan berkenaan jarang dilihat bersama.