Garis panduan pengambilan air liur persampelan bakal dimuktamadkan

Iklan
Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media khas mengenai Task Force Greater Klang Valley di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memuktamadkan garis panduan penggunaan kaedah pengambilan sampel air liur bagi ujian saringan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia akan dibuat dalam mesyuarat pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kaedah penggunaan RTK-Antigen menggunakan air liur boleh dilaksanakan pesakit itu sendiri," katanya.

"Langkah itu dapat meningkatkan saringan di lapangan sekali gus kemungkinan kes positif Covid-19 dapat dikesan dengan lebih baik.

Iklan

"Tujuh hospital KKM sudah dikenal pasti untuk melaksanakan penilaian lapangan penggunaan kaedah pengambilan sampel air liur bagi ujian saringan Covid-19," katanya.

Institut Kajian Perubatan (IMR) sebelum ini dilapor telah selesai menjalankan kajian mengenai penggunaan dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri Covid-19.

Iklan

Kedua-dua kaedah tersebut didapati mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.