AWANG naik takut dengan apa yang berlaku pada hari Isnin lepas di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam. Surat khabar ini laporkan lebih kurang 4,000 orang individu yang sah positif bertumpu ke sana.
Mereka beratur sejak 6 pagi lagi sedangkan pusat itu dibuka pada jam 9 pagi. Mereka yang datang dah bersiap dengan beg pakaian dan baldi. Mereka menunggu untuk dibuat saringan sama ada dihantar ke hospital atau ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Serdang.
Iklan
Iklan
Awang tak faham kenapa hal itu boleh berlaku. Sebelum ini, orang yang bertanggungjawab di CAC kata itu 'proses biasa' dan 'tidak ada yang pelik'. Apa pula alasan kali ini? Kira-kira 4,000 mereka yang disahkan positif berhimpun di satu tempat 'perkara biasa?'
Peliknya kenapa tak buka lebih awal dari jam 9 pagi di situ? Kenapa tak buka CAC lain bagi meringankan beban di Stadium Malawati? Tempat itu sekarang, macam tajuk utama akhbar ini dah jadi 'medan perang'. Khabarnya ada yang pengsan kerana menunggu terlalu lama.
Awang harap sangatlah agar pengurusan soal Covid-19 ini dibuat guna akal. Jangan buat keputusan dalam bilik berhawa dingin. Turunlah ke bawah tengok masalah yang dihadapi oleh rakyat. Buatlah keputusan yang terbaik, pantas dan betul dalam keadaan semacam itu.
Jikalau orang-orang besar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan negeri Selangor turun padang, tentulah hal seperti di CAC Stadium Malawati itu dapat dielakkan.
Artikel Berkaitan