Bapa anak tiga ‘beranikan diri’ jual air balang 90 sen

Iklan
Tiga air utama menjadi pilihan penduduk di kawasan Machang yang melalui Fadl Air Balang, disini.

MACHANG – Terhimpit dengan pergolakan ekonomi akibat pandemik Covid-19, seorang bapa kepada tiga cahaya mata memberanikan diri menjual air balang berharga 90 sen di sini, sejak tiga bulan lalu.

Muhamad Faizeen Mohd Yusoff, 31, sebelum ini bekerja sebagai pemandu peribadi memilih untuk berhenti kerja bagi membantu isteri, Siti Nur Izzati Rozlan, 29 tahun, sejak awal tahun ini kerana kekangan masa bersama keluarga.

Iklan
Iklan

Memikirkan tanggungnya iaitu tiga anak termasuklah yang bongsu kini berusia tujuh bulan, dia memberanikan diri mencuba pelbagai kerja termasuklah menjual udang galah, walaupun tempohnya sementara.

"Melihat kepada pasaran udang galah yang bermusim, maka saya perlu memikirkan inisiatif lain bagi memastikan poket ini berduit, dapat beli susu dan makanan untuk anak isteri.

Iklan

"Namun saya berniaga udang galah tersebut sekejap saja sebab mengikut permintaan dan tawaran.

"Dalam waktu itu, saya jumpa kawan yang berniaga di Bukit Marak. Dia ajar saya untuk menjual air balang ini. Alhamdulilah, saya lakukannya dengan baik tambahan pula ketika itu bulan puasa,” katanya ketika ditemui.

Iklan
Faizeen (kanan) berkorban masa dan segalanya demi keluarga.

Menurut Muhamad Faizeen, adat berniaga pasti ada pasang surutnya. Selepas sebulan berniaga air balang, dia didatangi seorang rakannya dan memberi idea untuk dia jual air balang tersebut pada harga RM0.90 sen.

Seminggu berfikir, akhirnya Faizeen tekad untuk memberanikan diri menjual ari balang tersebut di tengah bandar Machang menggunakan nama Fadl Air Balang pada harga variariti 90 sen, RM3 dan RM5 mengikut bekas yang disediakan.

Katanya, walaupun tidak mengaut keuntungan lumayan, namun air balang 90 sen tetap menjadi pilihan orang ramai terutamanya mereka yang mempunyai banyak tanggungan.

"Saya faham, keadaan mak ayah yang ada anak ramai. Mereka kalau boleh mahu beli air satu seorang, tidak mahu kongsi. Tapi kalau saya jual mahal, mereka tidak boleh beli banyak. Hanya satu dua saja. Kalau saya jual 90 sen, mereka mampu beli satu seorang walaupun anak 10.

"Itu bezanya dan saya alami. Saya tahu keperitan ibu bapa nak jaga anak-anak tambahan lagi mereka yang tiada kerja tetap dan sebagainya. Saya berharap air balang 90 sen saya ini boleh memberi kebaikan kepada semua orang,” katanya.

Tanpa bermatlamatkan sekadar mengaut keuntungan, Faizeen memberitahu, empat jenis air balang jualannya iaitu jagung dan manga susu, teh bunga dan blue lemon tetap menggunakan resipi sebenar, tanpa dikurangkan sedikitpun keaslian rasanya.

Walaupun berdepan kenaikan harga barangan asas, namun niatnya hanya satu, biarlah jualannya itu menjadi amal sedekah.

"Kadang-kadang air habis, tapi duit sikit saja dapat. Itu bermakna, air bekas 90 sen paling banyak dijual. Tidak mengapa, saya percaya pada rezeki Allah. Dengan adanya bekas yang berbeza ini, sekurang-kurangnya semua orang dapat merasa,” katanya.