[VIDEO] PKP: Ibu beri bayi susu pekat manis ganti susu

Iklan
Wakil Permata menyampaikan bantuan barang keperluan asas kepada keluarga Rudina Rodilanak di rumahnya di Kampung Pisang, Sandakan, Sabah, pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Seorang ibu terpaksa memberikan bayinya yang berusia setahun lapan bulan minum susu pekat manis menggantikan susu Dugro selepas suaminya tidak dapat bekerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Kehidupan Evelyn Manzal, 37, dari Kampung Bonggaya Baru, Batu Sapi, Sandakan bersama-sama suami yang bekerja buruh dan lima anak berusia antara satu tahun hingga 14 tahun semakin sukar sejak beberapa bulan lalu.

Iklan
Iklan

Kesusahan hidupnya itu diceritakan kepada Presiden Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia (Permata), Faridah Hamzah semasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan menyampaikan bantuan di kediamannya pada Selasa.

Menurut Faridah, Evelyn memaklumkan dia kini sedang menunggu masa untuk melahirkan anak keenam dan disebabkan suami dicutikan dalam tempoh PKP, mereka hanya makan apa yang ada untuk kelangsungan hidup.

Iklan

"Kandungan Evelyn kini sudah berusia lebih lapan bulan dan dia risau tidak dapat memberikan susu kepada anaknya apabila dilahirkan nanti.

"Dia minta baju bayi. Selain menggantikan susu pekat manis untuk anak bongsunya, anak keempatnya yang berusia tiga tahun diberi air milo dan air teh bagi menggantikan susu Dugro," katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.

Iklan

Faridah berkata, kehidupan mereka amat daif malah tinggal dalam sebuah rumah papan yang usang.

Katanya, Evelyn menghubungi wakil mereka di Sabah pada minggu ini untuk memohon bantuan kerana sudah buntu untuk meminta bantuan sebelum dipanjangkan kepada Permata dan penyerahan sumbangan barang keperluan asas dilakukan pada Selasa.

Menurutnya, selain Evelyn, Permata menyampaikan sumbangan yang sama kepada keluarga Rudina Rodilanak di Kampung Pisang, Sandakan Sabah.

"Kita bantu ibu beranak lima ini kerana suaminya kena tangkap, anak-anak pula terbiar disebabkan tiada kemampuan," katanya.

Secara keseluruhan katanya, Permata sudah menyampaikan sumbangan kepada hampir 25 keluarga di Sabah antaranya di Sandakan, Kota Kinabalu, Putatan dan Inanam sejak bulan lalu.

Kepada mereka yang ingin menyalurkan bantuan kepada Evelyn atau keluarga lain yang memerlukan boleh berhubung dengan 03-6127 8906 atau 013-7065 553 (Faridah), sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Mybank Permata Baiduri Malaysia 5511-2863-0934.