Arteta beri alasan selepas 'diaibkan' Hibernian FC

Iklan
Arteta

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui kecewa selepas skuad kendaliannya tewas 1-2 kepada pasukan dari Scotland, Hibernian FC dalam aksi pra musim pada awal pagi Rabu.

Menurutnya, Arsenal menurunkan ramai pemain muda dalam perlawanan itu selain kekurangan latihan menjadi faktor kekalahan itu.

Iklan
Iklan

"Saya sentiasa kecewa jika kami tewas dalam perlawanan. Namun, ini adalah perlawanan pertama dan kami bermain dengan ramai pemain muda selain hanya sempat menjalani latihan sebanyak empat kali.

"Saya rasa kami bolos gol pertama sebagai satu kesilapan dan gol kedua dengan jelas adalah ofsaid. Kami mencipta banyak peluang tetapi tidak dapat jaringan gol.

Iklan

"Namun, itulah gunanya perlawanan pra musim untuk memperbaiki kekurangan dalam sesi latihan dan menilai kelemahan kami dalam perlawanan persahabatan," katanya.

Dalam perlawanan itu, Martin Boyle membuka tirai jaringan buat Hibernian FC pada minit ke-21 sebelum Daniel MacKay menggandakan kedudukan pada minit ke-69.

Iklan

Arsenal hanya mampu meraih gol sagu hati menerusi jaringan Emile Smith Rowe pada minit ke-82.

"Namun, kami tidak boleh memberikan alasan seperti kekurangan pengalaman dan tempoh latihan yang singkat kerana kami datang ke sini untuk menang. Mereka bekerja keras dalam sesi latihan dan anda boleh nampak mereka tidak berada pada tahap terbaik.

"Masih terlalu awal untuk menilai pasukan kerana kami masih di peringkat permulaan pra musim. Saya gembira melihat pemain muda melakukan debut dan kami akan terus bekerja untuk menampilkan persembahan lebih bagus," kata Arteta.