Federer tarik diri dari Tokyo 2020

Iklan
Federer

PEMAIN tenis Switzerland, Roger Federer mengesahkan tidak mengambil bahagian pada saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana masih dalam proses pemulihan kecederaan.

Menurut Federer yang bakal berusia 40 tahun bulan depan masih belum meraih emas di temasya sukan terbesar dunia tersebut dalam acara perseorangan, telah menjalani dua pembedahan lutut kanan pada 2020.

Iklan
Iklan

"Semasa sesi latihan di padang rumput, saya mengalami rasa sakit berulang di bahagian lutut dan menyebabkan saya terpaksa membuat keputusan menarik diri dari Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Saya amat kecewa kerana tidak dapat mewakili Switzerland ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada kali ini yang saya sifatkan merupakan satu penghormatan dalam karier saya.

Iklan

"Saya mulai menjalani pemulihan dengan harapan dapat kembali ke jelajah akhir musim panas ini. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada seluruh pasukan Switzerland dan saya akan memberi sokongan padu kepada pasukan dari jauh,” katanya.

Di pentas Olimpik, Federer memenangi pingat emas dalam acara beregu pada Sukan Olimpik Beijing 2008 diikuti pingat perak empat tahun kemudian di London 2012 dalam acara perseorangan.

Iklan

Pemenang 20 kali kejuaraan Grand Slam itu sebelum ini menarik diri dari Terbuka Perancis, tersingkir pada suku akhir di Wimbledon selepas tewas 6-3, 7-6 (7/4), 6-0 kepada pemain dari Poland, Hubert Hurkacz minggu lalu.