Rasuah kerja selenggara ladang, lima individu direman

Iklan
Penyelia Kanan dan Pembantu Tadbir Felda di Bera direman lima hari bermula hari ini kerana disyaki menerima wang rasuah RM10,000 daripada kontraktor berkaitan kes kecurian buah sawit di Mahkamah Temerloh, hari ini.
 - Foto Bernama

IPOH - [DIKEMAS KINI] Seorang pengurus tanah rancangan Felda di Perak adalah antara lima individu yang direman empat hari bermula hari ini berhubung kes rasuah membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan ladang sejak 2019.

Kesemua yang ditahan berusia antara 30 hingga 60 tahun itu turut terdiri daripada seorang pembantu tadbir wanita dan tiga kontraktor.

Iklan
Iklan

Mereka tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 10.30 pagi dengan baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Mohammad 'Afifi Mohammad Deen membenarkan reman ke atas mereka bermula hari ini sehingga Sabtu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Iklan

Menurut sumber SPRM kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM Perak 6 petang semalam kerana disyaki terlibat memberi dan menerima rasuah antara RM5,000 hingga RM10,000, berkaitan kelulusan kerja-kerja penyelenggaraan ladang di bawah peruntukan RM5,000.

"Dianggarkan jumlah keseluruhan kerja-kerja yang telah diluluskan dari 2019 hingga tahun ini ialah RM39,348.72," kata sumber itu.

Iklan

Pengarah SPRM Perak Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan mengenai tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut. - Bernama