Tekanan ekonomi antara punca keganasan rumah tangga meningkat

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

GEORGETOWN - Kadar kes keganasan rumah tangga di Pulau Pinang mencatatkan peningkatan dengan 239 kes dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, berbanding 177 kes pada tahun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua kes itu melibatkan mangsa daripada golongan wanita.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan mendapati, peningkatan kes keganasan rumah tangga yang dicatatkan pada pada tahun ini disebabkan beberapa faktor.

"Ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ini, kemungkinan faktor tekanan ekonomi adalah penyumbang kepada kes keganasan rumah tangga.

Iklan

"Ia menyebabkan kes keganasan rumah tangga bagi tahun ini meningkat sehingga 62 kes menjadikan jumlah kes 239 kes berbanding 117 kes pada tahun lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 1,623 kes dicatatkan berbanding nilai ambang 2,084 kes iaitu turun 461 kes atau 22.1 peratus.

Iklan

"Nilai ambang kes keseluruhan jenayah meningkat namun kes melibatkan kecurian seperti di dalam kedai, bangunan dan sebagainya mencatatkan peningkatan 768 kes berbanding nilai ambang 518 kes.

"Ini menunjukkan kes naik 250 kes bersamaan 48.2 peratus," katanya.

Sementara itu, enam pegawai polis berpangkat rendah di negeri ini disiasat di atas pelbagai kesalahan antaranya berkaitan dengan pemerasan, rasuah dan pemilikan dadah.

"Tiga daripada mereka ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala tiga lagi dalam tindakan Jabatan integriti dan Pematuhan Standard PDRM.

"Polis Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan perlakuan jenayah," katanya.