MELAKA - Sebelas individu termasuk seorang remaja lelaki ditahan dalam Ops Soga VIIl bagi membanteras aktiviti perjudian Piala Euro yang membabitkan nilai pertaruhan RM136,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 19 hingga 69 tahun dipercayai terlibat dalam aktivti perjudian itu sejak bulan lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, turut dirampas wang tunai berjumlah RM582, kad kredit pertaruhan bernilai RM40,000, empat set komputer, dua set komputer riba, 14 telefon bimbit, empat modem, 13 kad sim, 10 jadual perlawanan bola sepak Euro 2020 dan 10 helaian kertas catit pertaruhan judi bola sepak tersebut.
"Hasil siasatan mendapati mereka menjalankan aktiviti secara dalam talian tanpa bersemuka dengan pemain seperti menggunakan aplikasi WhatsApp dan bayaran juga dilakukan secara dalam talian.
"Had maksimum untuk setiap pertaruhan berjumlah RM40,000 dan kesemua mereka ditangkap dalam daerah Melaka Tengah," katanya.
Mohd Sukri berkata, kesemua mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda hingga RM200,000 jika sabit kesalahan.
Artikel Berkaitan