Buruh binaan cedera, jatuh ketika ubah suai rumah

Iklan
Anggota bomba membantu mengangkat mangsa untuk dibawa ke HRPB. - Foto ihsan Bomba Perak

IPOH - Seorang buruh binaan cedera selepas terjatuh dari siling bumbung ketika melakukan kerja-kerja pengubahsuaian sebuah rumah di Kampung Baru Buntong di sini pada Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 40 tahun mengalami patah buku lali kaki kiri telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi mendapatkan rawatan.

Iklan
Iklan

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Fauzi Abd Aziz berkata, seramai 10 anggota dan tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.31 pagi.

Mangsa dibawa ke HRPB dengan menaiki ambulans EMRS. - Foto ihsan Bomba Perak

"Mangsa dipercayai terjatuh di bahagian depan ketika sedang membaiki bumbung sebelum disedari oleh adiknya dan dibawa ke tempat selamat.

Iklan

"Anggota memberi rawatan awal dan dia kemudiannya dihantar mendapatkan rawatan lanjut dengan menaiki ambulans unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati rumah itu tidak selamat diduduki apabila sebahagian struktur bumbung telah runtuh.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut tiada mangsa lain terlibat dan operasi ditamatkan pada jam 11.50 pagi," katanya.

Sebahagian struktur bumbung rumah runtuh dalam kejadian itu. - Foto ihsan Bomba Perak