Purata peneroka dapat pelupusan hutang RM80,000 hingga RM100,000

Iklan
Felda

SHAH ALAM - Purata hutang setiap peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dilupuskan menerusi inisiatif secara bersyarat yang diperkenalkan kerajaan ialah antara RM80,000 hingga RM100,000.

Pengarah Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata, jika pelupusan itu tidak diperkenalkan, ramai peneroka perlu membayar antara RM800 hingga RM1,000 sebulan yang akan ditolak daripada hasil ladang mereka.

Iklan
Iklan

Katanya, antara faktor menyebabkan hutang yang tinggi dalam kalangan peneroka ialah kos tanam semula dan pinjaman sara hidup.

"Secara keseluruhan 92,400 peneroka terlibat dengan pelarasan hutang ini setakat 31 Disember 2019.

Iklan

"Sekarang di semua peringkat termasuk wilayah dan rancangan giat memberi penerangan dan galakan kepada peneroka untuk menerima syarat ini dan tandatangani perjanjian.

"Setakat ini (taklimat yang telah diberikan) kita bersyukur kerana majoriti peneroka faham dan memberi respons yg agak positif dengab pelupusan hutang ini," katanya pada Sesi Taklimat Ketua Editor Berkaitan Pelaksanaan Inisiatif Pelarasan Pinjaman Peneroka Felda secara maya pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, Felda juga bersetuju melanjutkan tempoh pengembalian borang syarat persetujuan untuk pelupusan hutang.

"Oleh kerana banyak permintaan dan banyak persoalan (daripada peneroka) kita setuju untuk sambung tempoh penerimaan (boranf persetujuan) ini untuk dipanjangkan dari tempoh dua minggu ke sebulan," katanya.

Pada 7 Julai, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion secara bersyarat.

Menurut beliau, persetujuan itu mengambil kira isu hutang peneroka yang disifatkan harus diperbetulkan terlebih dahulu untuk memudahcara proses penjanaan semula atau 'restart' Felda.