Citarasa Kemboja kini di Ipoh

Iklan
Penjual Tongmo Bakar, Abdul Rahman Baharom menggantung produk jualannya untuk menarik perhatian pelanggan di gerainya di Taman Perpaduan di sini hari ini. Ia seakan-akan sosej dan diperbuat daripada daging cincang atau ayam cincang dan diperap ke dalam usus lembu sebelum dibakar selama 10 hingga 20 minit. Kudap-kudapan yang berasal dari Kemboja semakin mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan, terutamanya di Ipoh yang sememangnya popular sebagai lokasi syurga makanan. - Foto Bernama