GIMNAS Ukraine, Oleg Verniaiev tidak akan menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah dikenakan penggantungan selama empat tahun selepas gagal ujian doping.
Atlet berusia 27 tahun itu didapati positif penggunaan bahan terlarang meldonium pada Ogos 2020 dikenakan hukuman tersebut oleh Gymnastics Ethics Foundation yang mengendalikan sesi pendengaran tersebut.