KUALA TERENGGANU - Gara-gara terperangkap atas 'awning' bumbung setelah jatuh dari tingkat 3, sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil bagi menyelamatkan seekor kucing.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang semalam itu, 6 anggota kemudiannya dikejarkan ke Flat Perumahan Polis di Jalan Hiliran itu bagi melakukan kerja khidmat khas berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, apabila sampai di tempat kejadian, pihaknya mendapati kucing parsi tersebut tidak dapat turun kerana terperangkap.
"Bomba menggunakan tangga untuk menurunkan kucing itu dalam keadaan selamat.
"Proses itu hanya mengambil masa 5 minit memandangkan kucing itu memberikan kerjasama yang baik semasa kerja-kerja menyelamat dilakukan," katanya.
Jelas Rozizah, selain kerja-kerja mencari dan menyelamat, bomba juga menjalankan khidmat khas apabila diperlukan.