Pertempuran di sempadan Venezuela berterusan

Iklan
Sekumpulan penunjuk perasaan berlindung di bawah Jambatan Simon Bolivar, Cucuta Colombia bersempadan dengan Venezuela. - Foto AFP

CARACAS - VENEZUELA. Penunjuk perasaan dan Pengawal Kebangsaan Venezuela (GNB) kembali bertempur di Jambatan Simon Bolivar, berhampiran bandar sempadan Cucuta, Colombia semalam.

Sekumpulan penunjuk perasaan bertindak membaling batu ke arah pasukan NGB yang kemudian membalas serangan dengan melepaskan gas pemedih mata.

Iklan
Iklan

Jambatan Simon Bolivar menjadi lokasi pertempuran berdarah antara rakyat Venezuela dan pasukan tentera yang setia kepada Presiden Nicolas Maduro.

Sekurang-kurangnya dua maut, sementara 300 yang lain dilapor cedera dalam pertempuran Sabtu lalu apabila rakyat Venezuela bangkit menentang pasukan keselamatan yang menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan ke negara itu.

Iklan
Iklan

Presiden Maduro enggan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan dari Amerika Syarikat dengan alasan ia hanya taktik negara itu untuk 'bertapak' di Venezuela dan mengambil kesempatan ke atas industri minyaknya. - Press TV