SHAH ALAM - Julai merupakan bulan sambutan ulang tahun ke-15 Sinar Harian atau Sinar15. Seperti umum sedia maklum, Sinar Harian sudah bertapak dalam industri media cetak sejak 2006 dan masih gah sehingga hari ini.
Tidak dinafikan, pertambahan pembaca setia akhbar bahasa Melayu nombor satu rakyat Malaysia ini semakin meningkat dari tahun ke tahun tidak kira sama ada di akhbar cetak atau platform digital. Kini pembaca Sinar Harian sudah mencecah jutaan orang di seluruh Malaysia.
Dengan slogan dan tanda pagar terkini #PerkasakanSuaraMalaysia yang diperkenalkan awal bulan ini, ia sekali gus menunjukkan bahawa Sinar Harian sentiasa berusaha memberikan liputan berita yang telus dan tulus untuk komuniti sejagat.
Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, Sinar15 dianjurkan bertujuan meraikan sambutan 15 tahun Sinar Harian dengan pendekatan unik dan serba maya.
Menurutnya, banyak program, aktiviti dan peraduan yang bakal menemui pembaca bulan ini, malah sebagai tanda penghargaan Sinar Harian kepada pembaca, pelbagai hadiah lumayan disediakan bagi setiap penyertaan peraduan yang telah disusun khas sempena Sinar15.
Pada masa yang sama, katanya, pembaca boleh turut sama merasai kehangatan bahang 31 Julai iaitu acara kemuncak untuk Sinar15 tidak lama lagi.
"Yang menarik sepanjang Julai ialah satu sisipan Edisi Khas 15 Tahun bersama Sinar Harian akan diterbitkan sebagai hadiah istimewa kepada semua pembaca setia Sinar Harian.
"Sinar Harian turut menganjurkan Peraduan Kumpul dan Menang Sinar15. Pembaca boleh memenangi hadiah terkumpul berjumlah RM30,000 dan pelbagai hadiah iringan yang lain," katanya.
Jelas Nik Justin lagi, peraduan tersebut akan bermula 19 Julai ini dan hebahan lanjut mengenainya akan diumumkan dalam masa terdekat.
Selain itu, katanya, program kuiz trivia di Facebook dan YouTube yang semakin mendapat sambutan penonton Sinar
Harian, SinarMania akan disiarkan khas pada hari kemuncak bersama tetamu-tetamu istimewa secara langsung.
"Sinar Harian sentiasa berusaha memberikan pengisian kandungan digital yang terbaik dan terkini melalui program menarik yang bakal disajikan pada 31 Julai selama 15 jam tanpa henti.
"Antaranya, slot daripada GPS Bestari yang akan menyiarkan topik berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bersama selebriti undangan, Dr Fadzley, PBNU bersama Dr Rafidah Abdullah, Hawa Rizwana, Caprice dan Rahmah Ghazali serta Sofa Sinar bersama pendaki Everest, Datuk M Mohandas dan banyak lagi," katanya.
Nik Justin berkata, program-program yang sudah dikenali itu akan diberikan nafas dan pendekatan terbaharu demi memenuhi kehendak rakyat Malaysia.
Menurutnya, ia adalah kelainan menarik dari segi kandungan digital yang ditonjolkan oleh Sinar Harian kepada pembaca pelbagai peringkat umur.
Tambah beliau lagi, yang menariknya untuk sambutan Sinar15, selain bersiaran secara langsung di platform digital Sinar Harian, ia juga dapat ditonton di media sosial TikTok menerusi platform TikTok Live.
"Sinar Harian akan berkolaboratif dengan TikTok buat kali pertama untuk #WartawanTikTok Challenge. Informasi lanjut mengenainya akan dimaklumkan tidak lama lagi.
"Slot Sinar Live pula akan menampilkan tetamu khas seperti Aizat Amdan, Noh Salleh, Asmin Mudin dan ramai lagi.
"Banyak pengisian istimewa disediakan termasuk dua pelancaran khas sempena Sinar15 yang akan diumumkan pada hari tersebut, jadi jangan ketinggalan untuk bersama-sama Sinar Harian pada 31 Julai ini," katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian mengucapkan terima kasih kepada 15 juta pembaca atas sokongan padu yang ditunjukkan. Sinar Harian akan berusaha untuk melaporkan berita terkini, berita harian, berita popular, global, nasional, edisi dan semasa untuk semua pembaca dengan penyampaian lebih dinamik serta eksklusif.
Jangan ketinggalan menyertai aktiviti, peraduan dan program yang bakal disajikan seperti yang telah dijadualkan.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai Sinar15, dapatkan akhbar Sinar Harian setiap hari serta layari info.sinarharian.com.my/sinar15 dan ikuti laman media sosial rasmi Sinar Harian. Pastikan untuk memuat turun aplikasi Sinar
Harian bagi informasi yang lebih pantas.