RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas pelbagai barangan kosmetik bernilai RM4,076 dalam satu serbuan semasa membuat rondaan di Pengkalan Haram Bilal Dollah, di sini pada Rabu.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam rondaan jam 10.30 malam itu, pihaknya mendapati sekumpulan lelaki dipercayai sedang memunggah kotak dari perahu ke tebing sungai pengkalan itu.