RCI TH perlu dianggotai oleh pakar: Mujahid

Iklan
Mujahid

SHAH ALAM - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dianggotai oleh pakar yang berkelayakan.

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, RCI yang dilakukan perlu telus dan profesional tanpa agenda politik di sebaliknya.

Iklan
Iklan

"Saya juga hairan kenapa Pelan Penstrukturan Semula TH tidak termasuk dalam terma rujukan RCI sedangkan pelan ini dirangka berpandukan kepada rumusan dapatan dari firma audit yang disebutkan.

"Jika saya dipanggil untuk memberi keterangan, saya bersedia mendedahkan langkah dan tindakan yang kerajaan Pakatan Harapan telah ambil untuk selamatkan TH termasuk laporan polis yang dibuat ke atas individu yang terlibat dalam penyelewengan dana TH,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Iklan

Pada Rabu, kerajaan akan menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tubuh RCI Tabung Haji

Iklan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu hasil persetujuan mesyuarat jemaah menteri pada Rabu.

Menurut beliau, penubuhan RCI itu hasil pengauditan perunding-perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger dari tahun 2014 hingga 2020.

Mengulas lanjut, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, sepanjang tempoh 22 bulan diberikan amanah menjaga TH, beliau dan pasukan bertindak berpandukan atas laporan firma audit profesional.

Katanya, ia bagi menjayakan pelan penstrukturan semula TH yang mana ketika itu berada dalam keadaan tenat dari sudut kewangan dan integriti.

"Dua perkara asas yang saya lakukan segera iaitu pertama, memastikan pengeluaran hibah (dividen) mematuhi Akta TH (1995) yang telah dilanggar sejak 2014.

"Kedua, menutup jurang defisit antara aset dan liabiliti yang mengikut Laporan Audit 2017 adalah sebanyak RM4 bilion,” katanya.

Menurut beliau, Pelan Penstrukturan Semula TH diperkenalkan secara telus dan mendapat kelulusan kabinet serta dijelaskan di dalam Parlimen secara terbuka.