GENEVA - Varian Delta yang setakat ini sudah dikenal pasti di 111 negara, wilayah atau kawasan, berkemungkinan akan menjadi strain dominan di seluruh dunia, menyebabkan peningkatan kes jangkitan dan kematian baharu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) pada Rabu, lapor Xinhua.
Pada minggu lalu Afghanistan, Nigeria, dan Ecuador adalah antara 15 negara yang melaporkan kes pertama membabitkan varian yang lebih mudah merebak itu, kata WHO dalam satu kenyataan.