Pulau Pinang lepasi 20,000 suntikan vaksin sehari

Iklan
Kon Yeow

GEORGETOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang berjaya mencatatkan rekod pemberian suntikan vaksin kepada 24,403 pada Rabu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kejayaan itu berikutan penambahan bekalan vaksin yang diperoleh selain penambahan bilangan pusat pemberian vaksin (PPV) dan pengoperasian yang lebih efisien.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, bermula Khamis hingga akhir Julai, beberapa lagi PPV akan turut beroperasi bagi membolehkan negeri ini mencapai 30,000 dos suntikan dalam tempoh sehari.

"Terima kasih kepada semua pihak atas pencapaian ini.

Iklan

"Marilah sama-sama kita melindungi diri kita, keluarga dan komuniti seterusnya menjauhi ancaman virus Covid-19 di Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Kon Yeow dalam satu kenyataan berkata, setiap PPV perlu mengoptimumkan kapasiti pengoperasian masing-masing bagi memastikan Pulau Pinang mampu mencapai kadar suntikan dua dos vaksin 40 peratus dan seterusnya beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Ogos.

Iklan

Tambah beliau, berdasarkan operasi PPV kini, kapasiti maksimum dos harian mampu dan perlu mencecah sekurang-kurangnya 20,000 suntikan.

Justeru beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bersama-sama Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Pulau Pinang perlu memastikan sasaran tersebut dicapai.

"Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang-Pengurusan Covid-19 yang bersidang sebelum ini turut dimaklumkan bahawa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 3 bagi negeri Pulau Pinang juga telah bermula pada minggu ini.

"Bagi memastikan hasrat peralihan ke Fasa 3 PPN tercapai. Saya menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya bersama-sama berganding bahu memastikan dua lagi indikator ambang iaitu purata tujuh hari kes harian dan keupayaan sistem kesihatan awam di bawah PPN terus berada di bawah paras ditetapkan," katanya.