Terowong dalam pembinaan dilanda banjir, 14 pekerja terperangkap

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat 14 pekerja binaan yang terperangkap di dalam banjir di sebuah terowong yang sedang dibina di Zhuhai, China. - Foto Weibo

GUANGZHOU - Lebih 1,000 anggota penyelamat dihantar ke lokasi kejadian selepas 14 pekerja terperangkap dalam kejadian banjir di sebuah terowong di Bandar Zhuhai di wilayah Guangdong, selatan China pada Khamis.

Tapak pembinaan terowong Shijingshan, sebahagian daripada projek lebuh raya Xingye dilanda banjir sekitar 3.30 pagi, kata biro pengurusan kecemasan tempatan.

Iklan
Iklan

Setakat 1 tengah hari, penyelamat masih gagal untuk mengesan pekerja yang terperangkap, lapor Xinhua.

Jabatan Pengurusan Kecemasan Wilayah Guangdong turut menghantar lapan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian untuk membantu pihak Zhuhai menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Iklan
Iklan

Setakat 11 ​​pagi, misi mencari dan menyelamat itu membabitkan lebih 1,000 penyelamat, 22 jentera bomba dan lima trak pam. - Bernama