TASHKENT - Amerika Syarikat (AS) bersedia membekalkan vaksin Covid-19 ke negara Asia Tengah melalui mekanisme perkongsian vaksin Covax, kata Penasihat Keselamatan Dalam Negeri Elizabeth Sherwood-Randall pada Khamis.
"Kami telah berikrar untuk menyumbangkan 500 juta dos melalui Covax, dan banyak lagi vaksin akan disumbangkan termasuk ke wilayah ini (Asia Tengah)," kata Sherwood-Randall pada mesyuarat C5+1 di Tashlent, Uzbekistan.