30 hilang banjir di barat Jerman

Iklan
Kejadian itu turut menyebabkan enam buah rumah di bandar Schuld, Rhineland-Palatinate runtuh.

BERLIN - Kira-kira 30 orang dilaporkan hilang akibat banjir di barat Jerman malam tadi, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Khamis.

Kejadian itu turut menyebabkan enam buah rumah di bandar Schuld, Rhineland-Palatinate runtuh, lapor penyiar SWR.

Iklan
Iklan

Sejumlah 25 bangunan lain di kawasan berkenaan didapati tidak selamat untuk diduduki manakala nilai kerosakan dan jumlah sebenar mangsa yang hilang masih belum dapat disahkan, kata polis.

Penduduk setempat di beberapa daerah di negeri itu dilaporkan terperangkap dan menunggu untuk diselamatkan menggunakan laluan udara, katanya.

Iklan

Tentera Jerman (Bundeswehr) turut terlibat dalam operasi menyelamat.

Tekanan rendah yang tertumpu di kawasan Eropah Tengah terus menjadikan cuaca tidak menentu di Rhineland-Palatinate dan Saarland, Jerman barat namun, tidak menyebabkan hujan yang menyeluruh, menurut kemas kini perkhidmatan cuaca Jerman DWD pada Khamis pagi. - Bernama

Iklan