Warga emas tanpa janji temu jangan hadir ke PPV: CITF

Iklan

PUTRAJAYA - Individu berusia 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai janji temu dan pengiring mereka dinasihati agar tidak hadir ke mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) pada Jumaat untuk mendapatkan suntikan vaksin secara 'walk-in'.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akan mengumumkan tarikh pelaksanaan kaedah tersebut dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, ia bagi membolehkan perancangan inisiatif ini seperti urusan logistik dan penghantaran bekalan stok vaksin di semua PPV dimuktamadkan.

"Sama penting adalah untuk merancang susunan waktu inisiatif 'walk-in' ini.

Iklan

"Langkah ini untuk mengelakkan kesesakan di PPV terutamanya bagi warga emas ketika jumlah kes jangkitan Covid-19 yang semakin tinggi," katanya pada Khamis.

Pada Khamis, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam sidang akhbar mengumumkan warga emas di Selangor dan Kuala Lumpur boleh mendapatkan suntikan vaksin secara 'walk-in' serta-merta.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Individu 60 tahun ke atas boleh terima vaksin secara 'walk in'