Kalung pingat Olimpik sendiri

Iklan
Berbeza dengan temasya Olimpik sebelum ini, pemenang pingat terpaksa kalungkan pingat ke leher sendiri pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 susulan pandemik Covid-19.

TEMASYA Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak terkecuali daripada mengamalkan norma baharu berikutan peningkatan kes pandemik Covid-19 ketika ini.

Terbaharu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memaklumkan bahawa kesemua atlet dikehendaki mengalungkan sendiri pingat yang dimenangi.

Iklan
Iklan

Presiden IOC, Thomas Bach berkata, jika sebelum ini pingat akan dikalungkan ke leher atlet oleh tetamu kehormat, namun kali ini ia memerlukan atlet terbabit mengalungkannya sendiri.

Malah, Bach menegaskan, atlet terbabit juga tidak dibenarkan untuk bersalaman dan berpelukan ketika acara penyampaian pingat dilakukan.

Iklan
Iklan

"Pingat akan diletakkan di atas dulang dan atlet akan mengambilnya sendiri dan mengalungkan ke leher masing-masing. Mereka juga tidak dibenarkan berjabat tangan dan berpelukan dengan tetamu,” katanya.