Sturridge pertaruh nasib di La Liga

Iklan
Daniel Sturridge. - Foto AFP

BEKAS tonggak Liverpool dan Chelsea Daniel Sturridge akan menjalani sesi latihan bersama kelab baharu dinaikkan ke saingan liga utama Sepanyol, Real Mallorca selepas ketiadaan kelab hampir lebih setahun.

Pemain berusia 31 tahun tersebut ketiadaan kelab sejak Mac 2020 selepas dia menamatkan kontrak dengan kelab liga Turki, Trabzonspor setelah dikenakan larangan beraksi selama empat bulan Persatuan Bola Sepak Inggeris kerana melanggar peraturan pertaruhan.

Iklan
Iklan

"RCD Mallorca telah melanjutkan jemputan sejak 14 Julai kepada Daniel Sturridge untuk menyertai latihan bersama skuad senior sebagai persediaan mengharungi saingan liga," jurucakap kelab berkenaan.

Untuk rekod, ketika bersama Chelsea, beliau meraih trofi kejuaraan EPL 2009/10, Piala FA 2009/10, 2011/12, Liga Juara-Juara 2011/12.

Iklan
Iklan

Sementara ketika menyarung jersi Liverpool pula, beliau menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara 2018/19, naib juara Piala Liga 2015/16, naib juara Liga Europa 2015/16.