PKP: Bantuan kerajaan tidak mencukupi

Iklan
Zouhair

SHAH ALAM - Bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat masih tidak mencukupi untuk menampung kehidupan rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyelidik Kanan DM Analytis, Zouhair Rosli berkata, bantuan itu perlu diberikan secara konsisten dan bukan hanya sekadar melepaskan batok di tangga sahaja.

Iklan
Iklan

"Pakej yang diumumkan oleh kerajaan nampak banyak tetapi daripada RM100 yang diberikan hanya RM16 sahaja secara purata sebulan.

"Fokus kerajaan sekarang ini, adakah kerajaan sudah cukup dalam membantu rakyat dan jangan salahkan rakyat sebab kerajaan yang ada kuasa untuk memberikan bantuan kepada rakyat,” katanya ketika Wacana Sinar Harian Edisi ke 274 yang bertajuk PKPD: Tutup Depan Buka Belakang pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: NGO tubuh talian psikososial bantu isu kesihatan mental

Turut hadir, Exco Kerajaan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, Setiausaha Agung MRA, Dr Shahrizal Azwan Samsudin dan Ketua Kluster Kesihatan dan Perubatan Akademi Profesor Malaysia, Profesor Dr Adlina Suleiman.

Iklan

Dalam pada itu, Zouhair berkata, kes bunuh diri yang berlaku dalam negara sehingga menunjukkan peningkatan berkait rapat dengan situasi ekonomi seseorang.

"Kita jangan cakap soal kerohanian, sembahyang kerana ini adalah perkataan yang hanya dikeluarkan untuk orang yang ada duit.

Iklan

"Kalau dia pernah rasa tidak ada duit, dia tidak akan keluarkan perkataan seperti ini dan ini perkara yang tidak betul,” ujarnya.