Malaysia lulus penggunaan kecemasan vaksin Sinopharm, Johnson & Johnson

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat kepada dua vaksin Covid-19 iaitu Sinopharm dan Johnson & Johnson (Janssen) untuk kegunaan semasa bencana.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kelulusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-361 yang bersidang pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa,” katannya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, langkah itu bertujuan untuk memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

Iklan

Vaksin Sinopharm atau ‘COVILO Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated’ merupakan vaksin yang dibangunkan oleh China National Biotec Group Company Limited dan dikilangkan oleh Beijing Institute of Biological Products Co Ltd (BIBP), China dengan Duopharma (M) Sdn Bhd sebagai pemegang pendaftarannya.

Sementara vaksin Janssen Covid-19 Vaccine Suspension for Injection dikilangkan oleh Janssen Pharmaceutica N.V. Belgium dengan pemegang pendaftarannya Johnson & Johnson Sdn Bhd.

Iklan

Beliau berkata, KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.

"Kerajaan komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)," katanya. - Bernama