Media sosial tidak serius tangani isu perkauman

Iklan
Mesej yang dimuat naik Saka baru-baru ini

PEMAIN muda England, Bukayo Saka, 19, kesal apabila tidak ada tindakan serius yang dilaksanakan bagi mengekang penularan isu perkauman yang semakin menjadi-jadi termasuk di media sosial terkemuka hari ini.

Menurut pemain muda Arsenal itu, sehingga ke hari ini dia masih lagi menerima pelbagai kecaman hasil penularan isu perkauman berkenaan sejak kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti terakhir pada aksi final Euro 2020 di Wembley, 12 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Malah, menurut Saka, difahamkan rakan-rakan sepasukannya seperti Marcus Rashford dan Jadon Sancho turut menerima kecaman berterusan di media sosial hari ini gara-gara gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing pada aksi final berkenaan.

"Saya kesal kerana kesemua platform media sosial seperti Instagram, Twitter serta Facebook tidak serius untuk menangani isu ini.

Iklan

"Namun, apa yang boleh saya janjikan adalah saya tidak akan membiarkan kegagalan berkenaan atau apa juga respon negatif yang dilemparkan kepada saya melemahkan semangat saya.

"Saya telah menyatakan permohonan maaf, begitu juga dengan Rashford dan Sancho, tetapi kami terus ‘diserang’ dengan pelbagai kecaman di media-media sosial,” katanya yang turut memuat naik status di media sosial dengan mesej ‘loves always wins.’

Iklan
Sepakan penalti Saka yang diselamatkan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma pada final Euro 2020.

Pada aksi final Euro 2020 lalu, England tewas 2-3 kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan pada aksi final Euro 2020 di Wembley pada 12 Julai lalu.

Pada penentuan sepakan penalti berkenaan, Rashford, Sancho dan Saka gagal menyempurnakan sepakan penalti masing-masing sekali gus memastikan kemenangan Itali hingga mengundang pelbagai kecaman dan kritikan berbaur perkauman terutamanya terhadap ketiga-tiga pemain berkenaan.

Kecaman berkenaan turut mendapat perhatian Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson yang berharap agar isu perkauman berkenaan dihentikan segera dan pihak polis setakat ini difahamkan telah memberkas empat penyokong England atas kesalahan salah guna internet dengan menularkan isu perkauman.

Sementara itu Saka berkata, dia telah pun membuat permohonan maaf kepada semua akibat gagal menyempurnakan sepakan penalti berkenaan setelah tamat perlawanan.

"Reaksi saya setelah perlawanan berakhir telah menceritakan segala-galanya. Ia sesuatu yang sedih apabila ia kekalahan ini turut melibatkan diri sendiri serta keluarga.

"Apa pun, saya berharap kesemua mesej perkauman berkenaan tidak berterusan dimainkan di media-media sosial kerana pengendali media-media sosial ‘boleh’ melakukannya (mengekang penularan isu perkauman),” katanya.