Varian Covid-19 lebih berbahaya dijangka muncul: WHO

Iklan
Didier Houssin - Foto AFP

GENEVA - Jawatankuasa Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis memberi amaran bahawa lebih banyak varian pandemik Covid-19 yang baharu dan lebih berbahaya dijangka disebarkan ke seluruh dunia.

Menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, pandemik itu dilihat masih belum lagi berakhir di dunia.

Iklan
Iklan

Ekoran pengumuman itu, ia juga menjadi berita buruk kepada beberapa buah negara yang sedang berjuang bagi menghalang gelombang jangkitan Covid-19 yang disebabkan oleh varian baharu dari India iaitu Delta.

Ketua Jawatankuasa itu, Didier Houssin turut mengaku kepada pemberita bahawa trend jangkitan pandemik tersebut semakin membimbangkan.

Iklan

Beliau berkata, WHO pertama kali mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam Susulan Kebimbangan Antarabangsa sejak setahun dan enam bulan lalu iaitu amaran tertinggi yang dikeluarkan badan dunia itu.

Namun, katanya, virus Covid-19 itu kini masih lagi memburu manusia.

Iklan

Setakat ini, empat varian yang menguasai penularan Covid-19 di dunia iaitu Alpha dari United Kingdom, Beta dari Afrika Selatan, Gamma dari Brazil dan Delta dari India.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu memberi amaran bahawa varian baharu yang kemungkinan lebih berbahaya akan muncul dan lebih sukar untuk dikawal.

Jawatankuasa itu menyatakan penggunaan topeng, penjarakan fizikal, kebersihan tangan dan ruang pengudaraan di dalam bangunan adalah kunci kepada pengurangan jangkitan Covid-19.

Ia juga menyatakan pentingnya untuk melakukan vaksinasi ke atas sekurang-kurangya 10 peratus penduduk di setiap negara menjelang September depan dan negara kaya berkongsi vaksin Covid-19 dengan negara miskin. - Agensi