Anak kecil temani ibu derita kanser 'tidur' buat kali terakhir

Iklan
Ustaz Rafiudin memaklumkan majoriti jiran gusar untuk bantu uruskan jenazah wanita tersebut kerana peningkatan kes Covid-19 yang tinggi - Foto FB muhammadrafieudin.zainalrasid

KUALA LUMPUR - Malam itu, seorang anak kecil berusia lapan tahun menemani ibunya yang sedang menanggung kesakitan akibat kanser hati.

Anak kecil itu tidak menyangka saat itu merupakan malam terakhir dirinya tidur dengan ibu kesayangan.

Iklan
Iklan

Ibunya yang berusia 42 tahun itu dipercayai meninggal dunia dalam ‘tidur’ selepas beberapa kali terbangun menahan kesakitan di dada, sehingga memuntahkan darah.d

Lebih memilukan, kawasan yang mereka tinggal iaitu di PPR Kota Damansara di Petaling Jaya, Selangor telah mencatatkan kes Covid-19 yang tinggi setakat ini, sehingga menyebabkan jiran-jiran dipercayai tidak berani keluar rumah untuk membantu menguruskan jenazah wanita berkenaan.

Iklan

Itu antara kisah pilu yang dikongsi Pengurus Eksekutif Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafiuedin Zainal Rasid dalam catatan terbaharu di Facebooknya, pada Jumaat.

"Malam tadi saya yang jaga Mak. Saya jaga Mak sampai Mak tidur," anak kecil berusia 8 tahun ini petah berkata-kata menceritakan kejadian malam tadi.

Iklan

"Kakak kat mana waktu tu?" tanya saya pada anak perempuan arwah berusia 16 tahun.

"Saya tidur lepas tu saya dengar suara Mak jerit sebab sakit pukul 3 pagi, saya tengok adik dah jaga Mak kat bilik Mak, jadi saya tidur semula," jawab si kakak.

"Mak jerit sakit. Saya urut tangan Mak, dada Mak. Tiba-tiba Mak muntah darah lepas tu Mak pun tidur. Bila Mak tidur saya pun tidur," sambung anak bongsu arwah lagi.

Awani