Tiada pemberian vaksin secara walk-in: DBKL

Iklan
DBKL perjelas hebahan palsu melalui WhatsApp yang telah mengelirukan orang awam

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak menawarkan pemberian vaksin secara 'walk in' di Hotel Grand Seasons seperti tersebar di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Unit Media DBKL menerusi kemas kini di Facebook berkata, pihaknya meminta orang awam berhenti menyebarkan maklumat tidak tepat itu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, program yang berlangsung pada 15 hingga 18 Julai itu hanya tertumpu untuk golongan sasar sahaja.

"Pemberian vaksin pada tarikh tersebut dibuka kepada golongan gelandangan, orang kelainan upaya (OKU), peniaga dan penjaja serta komuniti berdekatan sahaja," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Iklan

Katanya, pendaftaran itu dibuat melalui hotline Rumah Prihatin@Grand Seasons di talian 011-7110 7898 (Whatsapp) dan bukannya secara 'walk in' seperti didakwa.

Sebelum ini tular sebaran mesej memaklumkan orang awam yang belum menerima vaksin dipelawa ke Hotel Grand Seasons untuk mengambil vaksin secara terus pada 15 hingga 21 Julai anjuran DBKL.

Iklan