Pemuda UMNO suarakan hak golongan M40

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah bertemu Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menyuarakan keperluan golongan berpendapatan sederhana (M40) yang turut terkesan akibat pandemik Covid-19.

Asyraf berkata, semasa pertemuan itu, beliau menerangkan mengapa rata-rata M40 meminta i-Citra dipercepatkan dan menaikkan kepada minimum RM10,000 secara penuh.

Iklan
Iklan

"Golongan M40 antara paling teruk terkesan akibat pandemik Covid-19 kerana ramai yang kehilangan pekerjaan dan dicutikan tanpa gaji serta perniagaan mereka lingkup.

"Golongan tersebut sering tertinggal dalam mendapat bantuan tunai dan apabila disuarakan baru diumumkan pemberian Bantuan Khas Covid-19 (BKC).

Iklan

"M40 juga turut terbeban dengan pelbagai komitmen yang perlu dilangsaikan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Menurut Asyraf Wajdi, ramai dalam kalangan M40 bekerja sendiri atau di syarikat swasta dan kebanyakan simpanan mereka hanya di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Iklan