Yayasan Petronas sumbang 1,400 tablet untuk pelajar di lima daerah

Iklan
Penyerahan peranti CERDIK oleh wakil Petronas Wilayah Tengah dan Utara kepada Pejabat Pendidikan Daerah di Langkawi pada Jumaat.

LANGKAWI - Yayasan Petronas melalui inisiatif Cerdik menyumbangkan sebanyak 1,400 peranti kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk dimanfaatkan oleh pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di lima daerah di Kedah.

Ketua Petronas Wilayah Tengah dan Utara, Zukifli Othman berkata, peranti berkenaan diedarkan secara berperingkat di daerah Langkawi, Kulim, Pendang, Padang Terap dan Sik.

Iklan
Iklan

Katanya, selain peranti, inisiatif itu melibatkan penyelenggaraan peralatan serta jaminan dan sokongan teknikal selama tiga tahun bagi setiap pelajar.

"Pihak kami menyediakan akses mudah untuk pendidikan berkualiti kepada pelajar menerusi inisiatif Cerdik

Iklan

"Ia adalah langkah pertama untuk merapatkan jurang digital, selain menambah baik pengalaman pendidikan dan kehidupan mereka," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, dengan alatan dan perkhidmatan internet itu, Yayasan Petronas berharap lebih ramai pelajar terutama mereka yang kurang berkemampuan akan dapat ikut serta dalam pembelajaran secara dalam talian.

Iklan

"Yayasan Petronas pada Mei lalu turut mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi menyediakan komputer riba dengan akses Internet kepada 12,000 pelajar yang disalurkan kepada 81 sekolah di 69 daerah di seluruh negara," katanya.

Tambah Zulkifli, Cerdik adalah inisiatif jangka panjang yang menyediakan akses digital untuk pendidikan dan merangkumi dua komponen utama iaitu akses kepada peranti dan kesalinghubungan data.

"Ia juga menjadi kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pendidikan (KPM) yang bertujuan merapatkan jurang pembelajaran digital bagi sekolah rendah dan menengah di Malaysia," katanya.