Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Pahang ceria ketika melakukan saringan Covid-19 secara pandu lalu ke atas penduduk Kuantan di Terminal Sentral Kuantan (TSK) hari ini.
Petugas KKM tetap komited dan bekerja tanpa putus asa walaupun ada dalam kalangan mereka telah terkorban dan dijangkiti virus membunuh itu demi memerangi pandemik yang kian membimbangkan.