Rumah kongsi musnah terbakar

Iklan
Anggota Bomba berusaha memadamkan kebakaran tersebut.

SUNGAI BULOH - Sebuah rumah kongsi di sebuah tapak pembinaan berhampiran Jalan BRp 7/1 Bukit Rahman Putra musnah terbakar dalam satu kejadian pada awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Hazrin Zulkifli berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.11 pagi dan anggota penyelamat bergegas ke lokasi bagi melaksanakan kerja-kerja pemadaman api.

Motosikal turut musnah dalam kejadian berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi pihaknya mendapati kejadian itu melibatkan sebuah rumah kongsi berkeluasan 30x80 kaki persegi dengan kesan kebakaran 90 peratus.

"Selain itu, anggota penyelamat turut mendapati sebuah motosikal jenis Honda Wave turut marak terbakar sewaktu kejadian itu,"katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, Hazrin berkata pihaknya menggunakan air tangki jentera untuk memadamkan api kebakaran itu sepenuhnya bagi menggelakkan ia merebak ke lokasi lain.

Tambah beliau, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Iklan