Operasi Lonjakan Kapasiti di Selangor, KL percepat imuniti kelompok

Iklan
Amirudin

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyambut baik Operasi Lonjakan Kapasiti yang diumumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Jumaat untuk mempercepatkan imuniti kelompok dalam kalangan penduduk di negeri tersebut dan Kuala Lumpur.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata demikian setelah menghadiri mesyuarat Pelan Vaksinasi Greater Klang Valley dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada pagi Jumaat bagi menjayakan operasi tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil perbincangan dalam mesyuarat tersebut turut bersetuju supaya usaha kerajaan Selangor bagi meningkatkan kadar vaksinasi melalui Program Vaksin Selangor (Selvax) turut dirangkumkan dalam kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Amirudin berkata, mesyuarat tersebut juga menyasarkan supaya seluruh populasi di Selangor dan Kuala Lumpur yang mendaftar akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos.

Iklan

Tambahnya, seramai 1.3 juta penduduk di negeri-negeri tersebut yang belum menerima janji temu vaksin juga dijangka mula mendapat tarikh janji temu bermula pada 26 Julai.

"Program SelVAX Komuniti dan Industri akan dioptimumkan bersama bekalan vaksin yang mencukupi supaya dapat beroperasi dengan kapasiti penuh dan mencapai kadar anggaran 40,000 dos sehari bagi dos pertama dan kedua serentak.

Iklan

"Usaha peningkatan kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) melalui lima PPV Mega dan klinik panel Selcare di seluruh negeri akan melonjakkan jumlah pemberian dos kepada 272,000 dos setiap hari.

"Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, akan menyelaraskan program Selvax Industri bagi pekerja, dan Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming akan membantu usaha penyeragaman antara Selvax dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi pihak kerajaan Selangor supaya tidak berlaku sebarang percanggahan data serta maklumat,

Pada Jumaat, semua 6.1 juta populasi dewasa berusia 18 tahun ke atas di Kuala Lumpur dan Selangor akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 menjelang 1 Ogos.

Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu merupakan Operasi Lonjakan Kapasiti bagi meningkatkan kadar vaksinasi di Lembah Klang.

"Daripada jumlah populasi itu, 3.5 juta telah selesai dos pertama manakala bakinya 1.3 juta akan menerima vaksin mereka antara 26 Julai sehingga 1 Ogos," katanya dalam sidang akhbar PICK pada Jumaat.